Wednesday, July 22, 2020

ANXIETY DAN KEMURUNGAN

HAI ASSLAMMULAIKUM,👋

                                              Cute Hi GIFs | Tenor

 jumpa lagi kita ye.korang macam mana? sihat? heheh Kalau korang ada bace blog saya sebelum mungkin korang kenal saya .Kali ini saya nak bincangkan tentang kemurungan dan anxiety . Sekiranya ada para pembace saya yang mempunyai masalah ini sila membuat rawatan dengan segera. Ayuh kita lah kita masuk.

Topik hari ini adalah berkenaan Anxiety dan kemurungan.saya akan menceritakan berbezaan dua penyakit ini dan apa yang perlu kita lakukan kepada pesakit yang mempunyai penyakit berikut. Anxiety dan kemurngan merupakan salah satu penyakit trend selalunya terjadi pada golongan remaja di Malaysia. Sebelum itu kita kena tahu dahulu apa itu Anxiety dan kemurungan. Jadi  apa itu Anxiety Disorder?Anxiety Disorder merupakan perasaan cemas yang terlalu berlebihan. Hal tersebut boleh membuat penderita kehilangan kebahagiaan. Kemurungan pula adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Lainkan maksud dua penyakit tu. Kalau masih tak dapat bezakan Jangan risau di bawah nanti saya akan menerangkan lebih lanjut berbezaan dua penyakit ini, ia Nampak sama tetapi tidak.

Yang pertama saya akan beritahu apa yang perlu kita lakukan kepada pesakit yang mempunyai penyakit anxiety. Ini juga boleh dilakukan jika anda mempunyai penyakit ini yang pertama meminta mereka pergi ke hospital untuk mejalani pemeriksaan lanjut. Tujuan untuk pergi ke hospital adalah untuk check sama ada penyakit ini di tahap yang serius atau tidak. Rawatan awal adalah lebih bagus. Seterusnya kita juga boleh membantu orang yang menghidap penyakit ini dengan mambantu mereka mengurangkan rasa kerisauan atau kemibingangan itu kalau pembaca yang membaca ini tidak menghidap penyakit ini bantu mereka yang mempunyai penyakit dengan cara ini .Contoh jika di sekolah atau di tempat kerja atau di mana-mana sentiasa ada bersama mereka bantu mereka bergaul  dengan orang baru tetapi jangan pula paksa mereka , yang penting pastikan kita bersama dia, Selain itu, dengarkan apa yang mereka mahu cerita,berikan tumpuan kepada mereka ketika mereka sedang bercerita. Ia akan membuat mereka berasa lebih selesa dan terbuka untuk berbual atau menceritakan sesuatu. Kita juga boleh menyuruh mereka untuk pergi ke Psychotherapy atau kaunseling Kaedah ini hanya berfungsi sebagai membantu atau rawatan sampingan.Jika hanya mengharap kaedah ini sahaja agak sukar sembuh.Cuba semana yang boleh untuk membantu mereka agar mereka boleh sembuh dan mereka dapat menikmati hidup mereka dengan lebih tenang

Apa pula yang perlu kita lakukan kepada pesakit yang mempunyai kemurungan. Penyakit ini juga boleh menjadi serius jika kita tidak membantu mereka. Penyakit ini boleh membawa kepada maut. Jadi apa yang kita boleh lakukan adalah yang paling penting adalah menggalakkan mereka agar berjumpa dengan ahli psikologi/psikiatri. Jika diperlukan, anda boleh bantu menguruskan temu janji bagi pihak mereka, juga digalakkan menemaninya pergi ke klinik.Jangan membiarkan mereka pergi keseorang sekiranya kita pergi bersama mereka , mereka akan berasa lebih semangat kerana dia tahu bahawa ada orang yang sayang dan bimbangkan tentang mereka. Jadi jika pergi mereka pergi ke rawatan ia pastinya tidak akan sembuh dengan pantas, pasti akan ada segelintir pesakit ini berasa bahawa ia tidak dapat membantu jadi kita haruslah menasihati mereka yang ingin berhenti menerima rawatan. Beritahu mereka bahawa anda akan sentiasa menemani mereka sehingga mereka sembuh. Ingatkan mereka setiap hari bahwa mereka sangat berharga kepada anda. jika anda adalah orang terdekat  kepada pesakit yang menghidap kemurungan ini perhatikan  terhadap tingkah lakunya . ia berkemungkinan membawa maut serta melaporkan hal tersebut kepada doktor atau kaunselor yang berkenaan. Jika anda melihat mereka bertingkah laku agak lain dari sebelum ni jangan abaikan. Apa yang kita boleh lakukkan lagi adalah memberi galakan kepada dia untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti.Contoh kita bawak mereka berjalan di taman,jongging dan sebagainya. Ia bertujuaan untuk mereka dapat melupakan sedikit tentang masalah mereka. Banyak lagi cara anda boleh membantu mereka ini adalah serba sedikit yang boleh saya tolong.

Seterusnya kita masuk tentang berbezaan antara dua penyakit ini. ia nampak sama tetapi tidak. Anda pasti akan nampak perbezaan antara dua penyakit ini

 

 Tanda tanda kemurunganTheanine vs GABA -Which is BEST for MOOD,SLEEP ad ANXIETY? - YouTube

 

Ok mari mula. orang yang menghidap penyakit kemurungan ia tidak kisah tentang apa-apa orang nak kutuk dia,orang marah dia ,mereka tidak kisah langsung kerana mereka seperti terperangkap dengan diri mereka lain pula dengan anxiety . Anxiety pula ia ambil kisah tentang segalanya , walaupun kita tidak kata buruk yenyang mereka ,mereka akan merasakan bahawa orang keliling tidak suka mereka, sebab itula mereka susah untuk bersosial. Seterusnya, orang kemurungan ini dia tidak mahu untuk keseorangan kerana mereka tahu sesuatu buruk akan berlaku jika mereka keseorang. segelintir pesakit yang menghidap kemurungan ini mereka akan mendengar suatu suara yang menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak elok seperti bunuh diri, sakiti diri. Lain pula dengan anxiety, anxiety mereka suka berseorang tidak suka bersosial kerana mereka akan susah untuk bercakap berasaan gemuruh dan risau itu bermain di fikiran mereka, mereka risau jika orang sekeliling tidak menyukai mereka, jadi kebanyakan pesakit anxiety lebih suka berseorangan. Selain itu, berbezaanya lagi kemurungan ini ia rasa keletihan yang teramat sehingga mandi dan makan juga tidak larat,anxiety mereka tidak senang duduk kaki bergerak-gerak ,mengeletar, tidak duduk diam . akhir sekali orang kemurungan dia ada pemikiran untuk membunuh diri kerena mereka rasa mereka tiada harapan, lain dari anxiety mereka tidak berpikir ke situ mereka lebih rasa diri mereka itu seorang yang gagal segala pekara yang mereka lakukan tidak menjadi. Ramai yang selalu juga salah kemurungan ini dengan stress,jika anda tidak mempunyai tanda-tanda kemurungan anda mungkin mengalami stress, kemurungan dan stress adalah pekara yang berbeza. Itu sahaja yang dapat saya terangkan tentang berbezaan kedua penyakit itu. Banyak lagi yang anda semua boleh cari di internet.

Harap info ini dapat membantu para pembaca. Bersamalah kita membantu orang yang menghidap penyakit begini jangan biarkan mereka berseorang dan jika anda menghidap penyakit ini saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancer kerana saya dan ramai lagi orang akan memberi sokongan kepada anda. Lawan penyakit tersebut dan dapatkan rawatan . Sentiasa positif di dalam hidup . Kalau ada sumur di lading bolehlah kita menunpang mandi, kalau ada umurku panjang bolehlah kita berjumpa lagi.

                                     2 Goodbye Gifs - Gif Abyss


No comments:

Post a Comment

ANXIETY DAN KEMURUNGAN

HAI ASSLAMMULAIKUM,👋                                                  jumpa lagi kita ye.korang macam mana? sihat? heheh Kalau korang ada b...